Monday, September 30, 2013

Hati yang Gundah Gulana

Hidup sebagai manusia ni, adakalanya hati kita dilanda gundah gulana, resah gelisah yang tak tentu pasal. Sekarang ini, itu yang saya rasa. Apa yang terjadi, saya pun tak tau. Apa salah saya? Apa yang tak kena?
Aku tak ada jawapan. Cuba-cuba fikirkan.. adakah hatiku diisi dengan mengingati Rabbku? atau mengingati materialistik dunia? Ya. Aku cuma memikirkan materialistik dunia!

Aku tidak menggantungkan jiwaku pada Rabbku yang memegang nyawaku. Rabbku yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat akan diriku. Biar aku ceritakan bahawa tika dan saat ini dalam mindaku cuma terbayang wang ringgit. Serius!!! Wang Ringgit sahaja. Apakah aku sudah gila?! Memenuhkan mindaku dengan wang ringgit semata-mata. Jadi mana akan aku selitkan ingatanku kepada Rabbku?? Ya Allah sesungguhnya aku manusia yang sangat jahil dan tamak haloba. Ampunkan sifatku yang tak sempurna ini.




Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redhai. Tetapkanlah hatiku dalam beriman kepadaMu. Jangan jadikan aku sentiasa memikirkan wang ringgit sahaja. Jadikanlah aku sentiasa mengingatiMu dalam apa jua keadaan sekalipun. Kerana di sisiMu terdapat ketenangan dan keselamatan yang aku tak dapat cari di dunia ini. Jadikanlah aku sentiasa berzikir dan mengingatiMu serta berselawat ke atas kekasihMu.

Ya Allah, sifatku sangat lemah. Maka Engkau lindungilah aku selalu. Berikanlah aku keberanian dan ketetapan hati dan iman. Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang Engkau tinggalkan. Ya Allah, jadikanlah aku sentiasa mencariMu.

Amin. Kabulkanlah doaku.

No comments:

Post a Comment