Sebagai permulaan, saya bekerja di jabatan awam (kerajaan), jadi pelbagai perkara yang berlaku di tempat kerja dan menjadi pengajaran kepada saya, dan saya ingin coretkan ke alam maya ini untuk tatapan orang-orang yang berkaitan.
Untuk friendly reminder pertama ni, saya akan tulis mengenai
URUSAN RASMI DENGAN PEGAWAI/KAKITANGAN
Kisah benar, kisah di kaunter perkhidmatan. Si polan (saya bagi nama Abu), datang ke kaunter mecari pegawai. Abu menyatakan dia telah berurusan dengan seorang pegawai untuk menguruskan pembayaran sesuatu denda yang berkaitan. Abu telah menyerahkan wang kepada pegawai di kawasan pejabat tetapi bukan di kaunter yang sepatutnya. Kemudian, wang telah diambil, Abu pun balik. Kemudian, setelah beberapa lama, urusan pembayaran denda tidak ada berita apa pun. Maka Abu pun datang ke kaunter perkhidmatan mencari pegawai yang berkenaan. Tetapi, didapati pegawai tidak bekerja di kaunter yang berkaitan denda. -TAMAT-
OK. Sekarang soalan saya:
1. Apakah kesalahan dibuat oleh Abu?
2. Pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah Abu?
Di sini, saya ingin kemukakan beberapa poin.
Pertama, apa-apapun urusan anda dengan mana-mana agensi, samada swasta atau awam, sila berurusan di saluran yang betul. Sekiranya di kaunter, maka di kaunter lah. Sekiranya terpaksa buat temujanji, buat temujanji. Jangan kerana anda mengejar masa, anda tangkap muat sahaja, iaitu, sesiapa yang mengaku boleh tolong uruskan untuk anda, anda terus percaya. NO!. Satu kesilapan besar. Memang saya tak nafikan anda akan menghadapi 'kelecehan' birokrasi. Tetapi, itu lebih selamat bagi anda. Kerana anda melalui saluran yang betul, dan sekiranya urusan anda disabotaj, anda masih ada peluang untuk bela diri dan buat aduan.
Kedua, setiap kali urusan transaki wang, semestinya akan dikeluarkan resit atau dokumen berkaitan pembayaran anda. Oleh kerana itu, anda wajib berurusan di kaunter yang rasmi, bukan di kedai kopi, atau tangga ofis dan sebagainya.
Ketiga, walaupun anda telah bertemu dengan orang (yang mendakwa dirinya staff/pegawai) beberapa kali, anda belum tentu boleh percaya akan dia. Apa-apapun anda harus mengenalpasti dan mengesahkan status orang tersebut. Walaupun disahkan, anda tidak boleh berurusan di luar kawasan yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment