Monday, September 30, 2013

Hati yang Gundah Gulana

Hidup sebagai manusia ni, adakalanya hati kita dilanda gundah gulana, resah gelisah yang tak tentu pasal. Sekarang ini, itu yang saya rasa. Apa yang terjadi, saya pun tak tau. Apa salah saya? Apa yang tak kena?
Aku tak ada jawapan. Cuba-cuba fikirkan.. adakah hatiku diisi dengan mengingati Rabbku? atau mengingati materialistik dunia? Ya. Aku cuma memikirkan materialistik dunia!

Aku tidak menggantungkan jiwaku pada Rabbku yang memegang nyawaku. Rabbku yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat akan diriku. Biar aku ceritakan bahawa tika dan saat ini dalam mindaku cuma terbayang wang ringgit. Serius!!! Wang Ringgit sahaja. Apakah aku sudah gila?! Memenuhkan mindaku dengan wang ringgit semata-mata. Jadi mana akan aku selitkan ingatanku kepada Rabbku?? Ya Allah sesungguhnya aku manusia yang sangat jahil dan tamak haloba. Ampunkan sifatku yang tak sempurna ini.




Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redhai. Tetapkanlah hatiku dalam beriman kepadaMu. Jangan jadikan aku sentiasa memikirkan wang ringgit sahaja. Jadikanlah aku sentiasa mengingatiMu dalam apa jua keadaan sekalipun. Kerana di sisiMu terdapat ketenangan dan keselamatan yang aku tak dapat cari di dunia ini. Jadikanlah aku sentiasa berzikir dan mengingatiMu serta berselawat ke atas kekasihMu.

Ya Allah, sifatku sangat lemah. Maka Engkau lindungilah aku selalu. Berikanlah aku keberanian dan ketetapan hati dan iman. Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang Engkau tinggalkan. Ya Allah, jadikanlah aku sentiasa mencariMu.

Amin. Kabulkanlah doaku.

Friday, September 27, 2013

Blog Tok Wan: Cara Qada' Solat Yang Tertinggal

Blog Tok Wan: Cara Qada' Solat Yang Tertinggal: Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dalam...

Wednesday, September 11, 2013

Cuma Friendly Reminder

Terdetik di hari saya untuk mencatatkan beberapa perkara yang berguna untuk tatapan internet-internet surfers, dan orang-orang di luar sana.

Sebagai permulaan, saya bekerja di jabatan awam (kerajaan), jadi pelbagai perkara yang berlaku di tempat kerja dan menjadi pengajaran kepada saya, dan saya ingin coretkan ke alam maya ini untuk tatapan orang-orang yang berkaitan.

Untuk friendly reminder pertama ni, saya akan tulis mengenai
URUSAN RASMI DENGAN PEGAWAI/KAKITANGAN

Kisah benar, kisah di kaunter perkhidmatan. Si polan (saya bagi nama Abu), datang ke kaunter mecari pegawai. Abu menyatakan dia telah berurusan dengan seorang pegawai untuk menguruskan pembayaran sesuatu denda yang berkaitan. Abu telah menyerahkan wang kepada pegawai di kawasan pejabat tetapi bukan di kaunter yang sepatutnya. Kemudian, wang telah diambil, Abu pun balik. Kemudian, setelah beberapa lama, urusan pembayaran denda tidak ada berita apa pun. Maka Abu pun datang ke kaunter perkhidmatan mencari pegawai yang  berkenaan. Tetapi, didapati pegawai tidak bekerja di kaunter yang berkaitan denda. -TAMAT-




OK. Sekarang soalan saya:
1. Apakah kesalahan dibuat oleh Abu?
2. Pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah Abu?






Di sini, saya ingin kemukakan beberapa poin.
Pertama, apa-apapun urusan anda dengan mana-mana agensi, samada swasta atau awam, sila berurusan di saluran yang betul. Sekiranya di kaunter, maka di kaunter lah. Sekiranya terpaksa buat temujanji, buat temujanji. Jangan kerana anda mengejar masa, anda tangkap muat sahaja, iaitu, sesiapa yang mengaku boleh tolong uruskan untuk anda, anda terus percaya. NO!. Satu kesilapan besar. Memang saya tak nafikan anda akan menghadapi 'kelecehan' birokrasi. Tetapi, itu lebih selamat bagi anda. Kerana anda melalui saluran yang betul, dan sekiranya urusan anda disabotaj, anda masih ada peluang untuk bela diri dan buat aduan.





Kedua, setiap kali urusan transaki wang, semestinya akan dikeluarkan resit atau dokumen berkaitan pembayaran anda. Oleh kerana itu, anda wajib berurusan di kaunter yang rasmi, bukan di kedai kopi, atau tangga ofis dan sebagainya.



Ketiga, walaupun anda telah bertemu dengan orang (yang mendakwa dirinya staff/pegawai) beberapa kali, anda belum tentu boleh percaya akan dia. Apa-apapun anda harus mengenalpasti dan mengesahkan status orang tersebut. Walaupun disahkan, anda tidak boleh berurusan di luar kawasan yang sepatutnya.