Dek kerana aku seorang yang mempunyai keinginan untuk menjadi/mendapatkan kekayaan, maka aku menkaji/membaca dari buku beberapa zikir untuk dipraktikkan... ini semata-mata peringatan untuk aku yang selalu terlupa. Maka apabila aku terlupa, aku boleh buka blog dan ingat semula.... betul tak??
1. Ar-Rahman (Maha Pemurah)
a. Sesiapa yang membaca "Ya Rahman" sebanyak 100 kali selesai mengerjakan solat fardhu, Insya Allah akan
hilang daripadanya sifat lalai dan pelupa.
b. Sesiapa yang membaca "Ya Rahman" sebanyak100 kali selepas mengerjakan solat fardhu, insyaAllah dia
mempunyai ingatan yang baik dan mempunyai hati yang pemurah.
2. Al-Malik (Maha Merajai)
a. Sesiapa yang menyebut "Ya Malik" sebanyak 121 kali setiap hari, yakni setelah terbit fajar atau setelah
gelincir matahari, insyaAllah dia akan dikayakan dengan sebab atau pintu yang dibukakan Allah s.w.t.
untuknya.
3. Al-Basith (Maha Meluaskan)
a. Sesiapa yang membaca "Ya Basith" 10 kali setelah mengerjakan solat Dhuha, InsyaAllah akan diluaskan
rezeki dan ilmunya.
b. Sesiapa yang membaca "Ya Basith" 300 kali atau lebih dengan mengangkat dua tangan ke langit, kemudian
disapukan kedua-dua tangannya itu ke mukanya, insyaAllah dibukakan satu pintu daripada pintu-pintu
kejayaan.
c. Sesiapa yang selalu membacanya pada waktu fajar dengan menadahkan kedua-dua tangannya dan
kemudian dia menyapukannya ke mukanya, insyaAllah dia akan sanggup berdiri sendiri dan tidak bergantung
kepada orang lain.
4. Al-Latif (Maha Halus)
a. Sesiapa yang jatuh miskin dan tinggal keseorangan, maka jiak ia menyebut "Ya Latif" sebanyak 100 kali
selepas solat sunat dua rakaat, kehendaknya akan dipenuhi oleh Allah s.w.t.
b. Sesiapa yang membaca "Ya Latif" sebanyak 130 kali insyaAllah usaha atau perniagaannya akan maju.
No comments:
Post a Comment