Tuesday, February 21, 2012

ASMAUL HUSNA.... (PART 2)

Part 2 masih lagi berkaitan zikir untuk mendatangkan kekayaan dengan kekuasaan Allah...

5. Al-Karim (Maha Pemurah)
-Memberikan sesuatu kepada hambaNya tanpa diminta, atau bukannya sebagai balasan terhadap sesuatu yang pernah diberikan oleh hambaNya
a. Sesiapa yang mewiridkan "Ya Karim" pada tiap-tiap kali hendak tidur, sebanyak 270 kali atau lebih,
   InsyaAllah rezekinya akan murah dan dia akan memperolehi kemuliaan di dunia dan di akhirat.
b. Sesiapa yang selalu membaca "Ya Karim", insyaAllah dia akan mulia dunia dan akhirat.

6. Al-Wasi' (Maha Luas)
-RahmatNya merata kepada segala yang maujud dan ilmuNya meliputi segala sesuatu.
a. Orang yang sedang menghadapi krisis ekonomi hendaklah memperbanyak membaca "Ya Wasi' ", 
     insyaAllah  rezekinya akan murah.
b. Orang yang membaca "Ya Wasi'  " 128 kali setiap hari, insyaAllah dihilangkan kesusahannya dan dia
     terpelihara daripada sifat iri, dengki dan tamak.

7.  Al-Wakil (Maha Memelihara)
-Penyerahan. Memelihara semua urusan dan keperluan para hambaNya.
a. Dengan memperbanyakkan membaca "Ya Wakil", InsyaAllah dapat menyelamatkan daripada merbahaya
    seperti bencana banjir, angin ribut, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.
b. Sesiapa yang membaca "Ya Wakil" sebanyak 66 kali atau lebih setiap hari, insyaAllah akan dibukakan pintu
    kebaikan dan rezekinya untuknya.

8. Al-Mubdi' (Maha Memulai)
-Dia-lah yang memulai atau yang menciptakan sesuatu yang sebelumnya tidak kemudian menjadi ada.
a. Sesiapa yang banyak membaca "Ya Mubdi' " pada waktu siang dan malam selama satu bulan, insyaAllah
    hartanya akan bertambah-tambah.
b. Sesiapa yang membcakan "Ya Mubdi' " sambil menghembuskan nafas ke arah wanita yang sedang
    mengandung, InsyaAllah wanita itu tidak akan keguguran.
c. Seseorang peniaga atau pengusaha yang membaca "Ya Mubdi'  " 470 kali, insyaAllah akan melihat hasil
    usahanya berkat mewiridkan nama Allah tersebut.

9. Al-Akhir (Maha Akhir)
-Allah s.w.t. tetap ada sekalipun sedah hancurnya segala sesuatu yang wujud. Dia kekal dan tidak berpenghujung.
a. Sesiapa yang membaca  "Ya Akhir" sebanyak 1000 kai selepas mengerjakan solat Isyak, insyaAllah hatinya bersih dan kebaikan akan bertambah di akhir hayatnya.
b. Sesiapa yang membaca "Ya Akhir" setiap selesai mengerjakan solat lima waktu, dibaca 200 kali dan diamalkannya selama satu bulan, maka Allah s.w.t. akan membukakan pintu rezeki yang halal baginya.

10. Malikul Mulk (Maha Menguasai Kerajaan)
-Segala sesuatu yang berlaku di alam semesta ini langit, bumi dan sekitarnya serta yang berada di sebaliknya, semuanya sesuai dengan kehendak dan iradat Allah.
a. Sesiapa yang membaca"Ya Malikul Mulk" berulangkali, insyaAllah dia akan dihormati orang.
b. Sesiapa yang membaca "Ya Malikul Mulk" 212 kali atau lebih setiap hari, maka Allah akan memberikan
    harta dan kekayaan kepadanya.
c. Bagi yang memegang sesuatu teraju pemerintahab atau jabatan kerajaan, jika dia membaca "Ya Malikul
    Mulk" sebanyak 212 kali atau 2120 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, dan dia amalkan selama
    satu bulan, insyaAllah tidak seorangpun sanggup menggugat kedudukannya.

11.Al-Rghani (Maha Kaya)
-Tidak memerlukan apa pun dari yang lainNya tetapi yang selainNya sangat berhajat kepadaNya.
a. Apabila "Ya Rghani" dibacakan sebanyak 1000 kalikepada badan yang sakit, sama ada kepada badan
   orang lain atau badan sendiri, insyaAllah penyakit tersebut akan sembuh.
b. Sesiapa yang membaca "Ya Rghani" 1000 kali setiap hari, insyaAllah beliau akan dikayakan dengan
    kurniaan Allah s.w.t.

12. Al-Murghni  (Maha Mengkayakan)
-Memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang melimpah ruah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari semua hambaNya.
a. Sesiapa yang membaca "Ya Murghni" sebanyak 1000 kali setiap hari, insyaAllah dia akan menjadi kaya
    dengan kurniaan Allah s.w.t.



Sekian, setakat ini untuk zikir Asmaul Husna dan kelebihannya.













The Arrival


ASMAUL HUSNA... (Part 1)

Dek kerana aku seorang yang mempunyai keinginan untuk menjadi/mendapatkan kekayaan, maka aku menkaji/membaca dari buku  beberapa zikir untuk dipraktikkan... ini semata-mata peringatan untuk aku yang selalu terlupa. Maka apabila aku terlupa, aku boleh buka blog dan ingat semula.... betul tak??

1. Ar-Rahman (Maha Pemurah)
a. Sesiapa yang membaca "Ya Rahman" sebanyak 100 kali selesai mengerjakan solat fardhu, Insya Allah akan 
    hilang daripadanya sifat lalai dan pelupa.
b. Sesiapa yang membaca "Ya Rahman" sebanyak100 kali selepas mengerjakan solat fardhu, insyaAllah dia
     mempunyai ingatan yang baik dan mempunyai hati yang pemurah.

2. Al-Malik (Maha Merajai)
a. Sesiapa yang menyebut "Ya Malik" sebanyak 121 kali setiap hari, yakni setelah terbit fajar atau setelah
    gelincir matahari, insyaAllah dia akan dikayakan dengan sebab atau pintu yang dibukakan Allah s.w.t.
    untuknya.

3. Al-Basith (Maha Meluaskan)
a. Sesiapa yang membaca "Ya Basith" 10 kali setelah mengerjakan solat Dhuha, InsyaAllah akan diluaskan
    rezeki dan ilmunya.
b. Sesiapa yang membaca "Ya Basith" 300 kali atau lebih dengan mengangkat dua tangan ke langit, kemudian
    disapukan kedua-dua tangannya itu ke mukanya, insyaAllah dibukakan satu pintu daripada pintu-pintu
    kejayaan.
c. Sesiapa yang selalu membacanya pada waktu fajar dengan menadahkan kedua-dua tangannya dan
   kemudian dia menyapukannya ke mukanya, insyaAllah dia akan sanggup berdiri sendiri dan tidak bergantung
   kepada orang lain.

4. Al-Latif (Maha Halus)
a. Sesiapa yang jatuh miskin dan tinggal keseorangan, maka jiak ia menyebut "Ya Latif" sebanyak 100 kali
    selepas solat sunat dua rakaat, kehendaknya akan dipenuhi oleh Allah s.w.t.
b. Sesiapa yang membaca "Ya Latif" sebanyak 130 kali insyaAllah usaha atau perniagaannya akan maju.







Mind at ease, when...

Our mind will be at ease when our focus and faith are put on/ depend / believe in Allah The Al-Mighty. Because when that happens, whatever happens to us or around us, we will still have Allah to depend on. Subhanallah.

Monday, February 20, 2012

Reminder for me

1. "Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki."  - (Surah Ibrahim 14, ayat 27)

2. "Dan kalau kami tidak memperkuat hatimu, nescaya kamu hampir-hampir condong sikit kepada mereka."  (Surah Isra' 17, ayat 74)

3. "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan musuh, maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar beruntung."  (Surah Al-Anfal  8, ayat 45)

Monday, February 13, 2012

Kenapa mau cemburu?

Kenapa aku berasa cemburu dengan kawan-kawan lain? Bukankah setiap aturan hidup bukan milik aku untuk tentukan, tetapi semua di bawah ketentuan Allah s.w.t.. Terima dan redha akan membuatkan jiwa aku lebiih tenteram. Lapangkanlah dada, bukakan minda, kerana setiap aturan telah ditentukan kesudahan yang baik untuk setiap insan. Jadi mengapakah harus aku berasa cemburu walau sekecil zarah pun?