WORLD IS FULL OF COLOURS AND CONTRADICTIONS.... AND THERE LIES THE BEAUTY IN IT....
Wednesday, November 9, 2011
perasaan ku....
Semalam,,,, terasa terharu dan sebak sangat. Semalam aku menangis dengan sebaknya di sebelah suamiku yang tidur nyenyak. Semalam, terasa diri ini bertuah sangat, kerana dianugerahkan cinta seorang suami dan akan dikurniakan seorang bayi (InsyaAllah). Kerana aku merasakan aku tak layak untuk semua rahmat yang Allah berikan, kerana tiada suatu kebaikan pun yang aku rasa berbaloi untuk dianugerahi sebegini rupa. Namun, Allah Maha Besar, Allah Maha Pemurah, Dia memberikan apa-apa yang Dia mahu kepada sesiapa yang Dia inginkan. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Satu, dan Engkau mempunyai kekuasaan mutlakterhadap makhluk ciptaanMu. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu dan syukur dan puji adalah hanya kepadaMu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment