Perbanyakkan beristighfar, sebab dengan istighfar aka nada rezeki, aka nada jalan keluar, aka nada keluarga, akan ada ilmu yang mendatangkan manfaat, akan ada kemudahan, dan akan ada penghapusan dosa.
Andalah yang mewarnai hidup anda dengan cara pandangan anda terhadap hidup itu sendiri. Dengan kata lain, kehidupan anda adalah ciptaan fikiran anda sendiri. Justeru, jangan mengenakan kacamata hitam.
Lakukanlah zikir-zikir tertentu sebab ia akan menjadi penjaga dan pelindung anda. Dan di dalamnya ada kebenaran dan petunjuk yang akan membuat waktu-waktu anda menjadi lebih bermakna.
Carilah rezeki yang halal, dan jauhi rezeki yang haram. Hindarkan dirimu untuk mengemis kepada yang lain. Berdagang itu lebih baik daripada menjadi pegawai. Gunakan wangmu untuk berdagang, dan hiduplah dengan sederhana.
Pada waktu bersujud, bisikkan semua urusan anda kepadaNya sebagai kekuatan, kerana Dia Maha Tahu yang tersamar dan tersembunyi. Dan juga jangan anda perdengarkan kepada orang-orang di sekitar, sebab cinta itu memiliki rahsia-rahsia sementara orang tidak: ada yang tidak suka dan ada pula yang membantu.
No comments:
Post a Comment