Tuesday, February 26, 2013

Tip Elak Pedih Ulu Hati

Lebih daripada 60 juta rakyat di Amerika Syarikat dibelenggu masalah ASID REFLUKS yang boleh menyebabkan masalah pada dada, batuk kering atau sukar menelan.
Kajian dilakukan juga menunjukkan masalh ini semakin meningkat saban tahun. Apa yang membimbangkan kini, terdapat ubat-ubat yang meningkatkan risiko jangkitan yang memicu kepada masalah cirit-birit yang serius, kesakitan dan demam serta keretakan tulang.
Jika anda mula merasakan pedih ulu hati, amalan gaya pemakanan di bawah mungkin boleh membantu:

1. ELAKKAN pengambilan soda dan minuman bertenaga
     - menurut Jamie Koufman, pengarang bersama Dropping Acid : The Reflux Diet Cookbook and Cure, minuman tersebut sangat berasid. Ia boleh merosakkan tekak dan esofagus individu dengan refluks.

2. MAKAN SEDIKIT dan TANPA LEMAK
     - William Chey, Profesor perubatan di Universiti Michigan menyatakan bahawa mengambil sedikit makanan dalam satu-satu masa diibaratkan dapat memotong makanan berminyak dalam kuantiti kecil. Ini kerana lemak lambat untuk dihadamkan dan dapat menahan perut untuk kekal kenyang dalam tempoh yang lama.

3. KUNTAH GULA GETAH terutama selepas makan
    - Ia mengawal tubuh anda untuk membuat lebih banyak air liur dan seterusnya meneutralkan asid. Gula getah juga membantu menggerakkan makanan melalui perut dengan lebih cepat.


(Artikel di atas diambil dari majalah iSihat Feb 2013)

Saturday, February 2, 2013

Is it That Bad???

Perlukah kita mengharapkan sesuatu apabila kita memberikan sesuatu kepada orang lain??? Perlukah?? Aku musykil. Setiap manusia pandangan berbeza. Setiap pandangan berlandaskan niat. Sekiranya kita memberikan sedekah, atau sesuatu kepada orang lain, anggap itu sebagai pelaburan. JAngan harap ia akan dibalas. Mungkin tak berbalas sehingga bila-bila, tu lebih baik daripada dia membalas kita dengan sesuatu yang buruk. Jadi AKU kena AJAR diriku agar tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk Allah, tetapi mengharapkan rahmat dan belas kasihan Allah di akhirat nanti. Amin.