Aku tak suka politik. Ibu bapaku khidupan mereka berkait langsung dengan politik. Jadi khidupan aku terkait dengan politik secara suka atau tak suka. Namun setelah dewasa, mataku menyaksikan keadaan sekeliling. Dari pemerhatian, kita manusia belajar. Adakalanya, Allah tunjukkan kepada kita keadaan sekeliling kita. Adakah kita amik pengajaran atau tidak itu semua terpulang kepada kita. Kerana kita diberi akal untuk membuat pilihan, untuk berfikir, untuk belajar, untuk bersyukur, untuk berubah,untuk mencari jalan hidup kita, untuk survive dan banyak lagi. Apa yang aku nak point out di sini adalah berkaitan dengan pilihanraya Malaysia ke13 yang baru lalu.
Apakah kita buka mata dan mata hati kita tentang apa yang terjadi baru-baru ini?
Apakah kita merasa apa yang berlaku itu adil dan sepatutnya?
Apakah dengan kepincangan yang berlaku depan2 mata kita itu suatu yang boleh kita ' telan' bulat2?
Apakah penyelewangan nilai yang kita nak ajarkan kepada anak2 kita?
Apakah nilai keji jadi sanjungan kita?
Apakah pembohongan jadi pesanan/agama kita?
Dua tiga orang yang aku temui dan bertukar pendapat dengan mereka, mereka tak kisah. Apakah dah sampai tahap kita orang Malaysia tutup mata, telinga, malahan mata hati. Ya Tuhan, Apakah dah takde manusia yang buka mata hati mereka? Senang2 kita 'bunuh' nurani kita Kerana Wang ringgit.
Tolonglah bagitau aku masih Ada manusia yang Ada hati nurani..... Pleaseeee......
No comments:
Post a Comment