Tuesday, February 26, 2013

Tip Elak Pedih Ulu Hati

Lebih daripada 60 juta rakyat di Amerika Syarikat dibelenggu masalah ASID REFLUKS yang boleh menyebabkan masalah pada dada, batuk kering atau sukar menelan.
Kajian dilakukan juga menunjukkan masalh ini semakin meningkat saban tahun. Apa yang membimbangkan kini, terdapat ubat-ubat yang meningkatkan risiko jangkitan yang memicu kepada masalah cirit-birit yang serius, kesakitan dan demam serta keretakan tulang.
Jika anda mula merasakan pedih ulu hati, amalan gaya pemakanan di bawah mungkin boleh membantu:

1. ELAKKAN pengambilan soda dan minuman bertenaga
     - menurut Jamie Koufman, pengarang bersama Dropping Acid : The Reflux Diet Cookbook and Cure, minuman tersebut sangat berasid. Ia boleh merosakkan tekak dan esofagus individu dengan refluks.

2. MAKAN SEDIKIT dan TANPA LEMAK
     - William Chey, Profesor perubatan di Universiti Michigan menyatakan bahawa mengambil sedikit makanan dalam satu-satu masa diibaratkan dapat memotong makanan berminyak dalam kuantiti kecil. Ini kerana lemak lambat untuk dihadamkan dan dapat menahan perut untuk kekal kenyang dalam tempoh yang lama.

3. KUNTAH GULA GETAH terutama selepas makan
    - Ia mengawal tubuh anda untuk membuat lebih banyak air liur dan seterusnya meneutralkan asid. Gula getah juga membantu menggerakkan makanan melalui perut dengan lebih cepat.


(Artikel di atas diambil dari majalah iSihat Feb 2013)

Saturday, February 2, 2013

Is it That Bad???

Perlukah kita mengharapkan sesuatu apabila kita memberikan sesuatu kepada orang lain??? Perlukah?? Aku musykil. Setiap manusia pandangan berbeza. Setiap pandangan berlandaskan niat. Sekiranya kita memberikan sedekah, atau sesuatu kepada orang lain, anggap itu sebagai pelaburan. JAngan harap ia akan dibalas. Mungkin tak berbalas sehingga bila-bila, tu lebih baik daripada dia membalas kita dengan sesuatu yang buruk. Jadi AKU kena AJAR diriku agar tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk Allah, tetapi mengharapkan rahmat dan belas kasihan Allah di akhirat nanti. Amin.

Wednesday, January 30, 2013

Focus mind

I need my focus.
I only can focus when my mind is clear.
When will my mind be cleared?
When I transformed all my ideas on to the paper, so I won't need to remember them.

Tuesday, January 29, 2013

Energy drainage... Really stress out... Need way out...

Friday, January 25, 2013

Khasiat Bawang Putih (Copy Paste)

1. Mengurangkan risiko strok Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2.
 Mengurangkan risiko kanser Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3.
 Anti bakteria dan antivirus Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. 
Antiinflamasi Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. 
Mengandungi banyak iodin Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. 
Membantu sistem pencernaan Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. 
Meningkatkan sistem imunisasi Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. 
Mengurangkan kolesterol dalam tubuh Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


Disalin daripada blog berikut:
http://www.cikgubadarudin.com/

Thank you

Tuesday, January 22, 2013

Keseimbangan kita cari

KEpada kawan-kawan dan kenalan-kenalan,,, saya ingin memperkenalkan Shaklee kepada anda sekalian. Produknya bagus dan adalah satu pelaburan untuk kesihatan kita. Kehidupan di zaman moden ini memaksa kita untuk menjalani hidup yang "pantas" termasuk pemakanan harian kita. Di sudut tersebut, kita dah banyak kehilangan khasiat, nutrien dan juga keseimbangan. Maka untuk menampung atau menambahkan keseimbangan dan khasiat ke dalam pemakanan kita seharian kita mengambil supplemen. Supplemen adalah cara terbaik untuk kita mengimbangi semula sistem badan kita. Namun kita harus memilih supplemen yang terbaik untuk diri kita dan keluarga. Kesihatan itu satu pelaburan. MAKA saya amat mengesyorkan produk-produk dari Shaklee, kerana tiada bahan tiruan, tiada bahan pengawet. Setiap produk telah melalui penyelidikan yang teliti dan terbukti berjaya memberi kesan positif kepada pengguna. Untuk pertanyaan anda boleh sms saya di 016-874915 atau pm saya atau email saya di lennbj608@gmail.com