Tuesday, January 20, 2015

Suatu hari

Suatu hari
Bangunan yang kukuh akan retak dan runtuh
Jalan yang terbentang akan terputus
Setiap yang boleh dipegang akan lebur
Duit wang ringgit yang banyak akan hilang nilai
Di manakah aku masa tu?
Adakah aku akan dilindungi atau terkapai-kapai meminta pertolongan?
Bagaimanakah aku pada masa itu?

Monday, April 28, 2014

SINAR HARIAN : Realiti kehidupan rakyat kita sekarang ini, ibu mengemis anak tak tahu..!!

Monday, April 28, 2014

Realiti kehidupan rakyat kita sekarang ini, ibu mengemis anak tak tahu..!!

Anak tidak tahu ibu mengemis

Anak tidak tahu ibu mengemis  
Che Mah keluar bersama basikal buruknya untuk meminta sedekah.

ALOR SETAR - Seorang warga emas yang hidup sebatang kara di Tongkang Yard, dekat sini, mendakwa terpaksa meminta sedekah kerana kesempitan hidup.

Warga emas yang hanya mahu dikenali Che Mah, 82, berkata, dua anaknya sudah memiliki keluarga sendiri dan tinggal berjauhan di negeri lain.

“Seorang anak tok (nenek) tinggal di Melaka, manakala lagi seorang jikalau tidak silap tinggal berdekatan Kuala Lumpur. Tok tinggal sendirian kerana suami sudah meninggal dunia.

“Tok terpaksa meminta sedekah sebegini akibat tidak berkemampuan sejak kematian suami, malah tidak mampu menjalankan perniagaan lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Mah berkata, sebelum ini dia menjalankan perniagaan menjual kain secara kecil-kecilan kepada penduduk berdekatan rumahnya.

Katanya, anak-anaknya juga hanya berniaga kecil-kecilan sahaja dan masih memberikan wang RM100 setiap seorang untuk meneruskan hidup.

“Namun ada kalanya tidak cukup untuk elektrik, duit pula anak belum hantar. Sekurang-kurangnya, tok terima lebih kurang RM40 seminggu apabila meminta sedekah di kawasan ini,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua anak sememangnya tidak mengetahui dia menyara kehidupan dengan meminta sedekah malah mereka pasti melarang perbuatannya itu.

"Tok sedar perbuatan ini salah, namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana mahu meneruskan kehidupan.

“Apabila minta sedekah, tok sebenarnya takut juga orang tangkap ke penjara. Tak mahulah, kalau boleh hantar masuk ke rumah orang tua pun tidak apa,” katanya.

Wednesday, December 11, 2013

Surah Ar-Rahman Mendisiplinkan Diri Menjadi Insan yang Bersyukur

A. Mensyukuri Nikmat Allah

Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan Allah s.w.t.. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan Allah kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.

1. Menambah Rezeki

Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita.

Selagi kita hidup di muka bumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan Allah. Begitulah penyayangnya Allah yang bersifat Ar-Rahman. Allah menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? Allah masih saying kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu.

Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'Alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amar makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus menerus.

Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan Allah. Ramai tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai hambaNya yang tidak bersyukur. Padahal orang yang bersyukur akan bertambah nikmat dan memperolehi kebahagiaan, sedangkan orang yang enggan bersyukur akan memperolehi penderitaan dan azab yang pedih.

2. Menghilangkan Kesusahan

Oleh itu, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada Allah, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat.

Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur. Kerana syukur itu menambah nikmat, menghilangkan kesusahan, sedangkan kufur itu mendatangkan azab, menambah kesusahan.

B. Di antara fadhilat dan keutamaan surah Ar-Rahman adalah membantu kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Sumber: Buku Himpunan Fadhilat Ayat-ayat Pilihan




Thursday, October 3, 2013

Perniagaan Bengkel Kereta Untuk Dijual



Sebuah perniagaan bengkel kereta untuk dijual. Segera.

Info Perniagaan:

  • Terletak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Tingkat 1 - Bengkel Kereta
  • Tingkat 2 - Bilik-bilik sewa
  • Kelengkapan bengkel termasuk Special Tool
  • Perniagaan mencecah lebih kurang  6 tahun
Tujuan Perniagaan dijual:
Pemilik hendak berhijrah ke luar kawasan Selangor.

Harga RM 45,000.

Untuk pertanyaan sila hubungi Black 019-6957498.

Monday, September 30, 2013

Hati yang Gundah Gulana

Hidup sebagai manusia ni, adakalanya hati kita dilanda gundah gulana, resah gelisah yang tak tentu pasal. Sekarang ini, itu yang saya rasa. Apa yang terjadi, saya pun tak tau. Apa salah saya? Apa yang tak kena?
Aku tak ada jawapan. Cuba-cuba fikirkan.. adakah hatiku diisi dengan mengingati Rabbku? atau mengingati materialistik dunia? Ya. Aku cuma memikirkan materialistik dunia!

Aku tidak menggantungkan jiwaku pada Rabbku yang memegang nyawaku. Rabbku yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat akan diriku. Biar aku ceritakan bahawa tika dan saat ini dalam mindaku cuma terbayang wang ringgit. Serius!!! Wang Ringgit sahaja. Apakah aku sudah gila?! Memenuhkan mindaku dengan wang ringgit semata-mata. Jadi mana akan aku selitkan ingatanku kepada Rabbku?? Ya Allah sesungguhnya aku manusia yang sangat jahil dan tamak haloba. Ampunkan sifatku yang tak sempurna ini.




Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redhai. Tetapkanlah hatiku dalam beriman kepadaMu. Jangan jadikan aku sentiasa memikirkan wang ringgit sahaja. Jadikanlah aku sentiasa mengingatiMu dalam apa jua keadaan sekalipun. Kerana di sisiMu terdapat ketenangan dan keselamatan yang aku tak dapat cari di dunia ini. Jadikanlah aku sentiasa berzikir dan mengingatiMu serta berselawat ke atas kekasihMu.

Ya Allah, sifatku sangat lemah. Maka Engkau lindungilah aku selalu. Berikanlah aku keberanian dan ketetapan hati dan iman. Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang Engkau tinggalkan. Ya Allah, jadikanlah aku sentiasa mencariMu.

Amin. Kabulkanlah doaku.